SELAYANG: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sini, awal pagi Sabtu.
Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, selepas tiga penjenayah berkenaan berbalas tembakan dengan pihak polis.
Difahamkan, penjenayah berkenaan terlibat dengan kes samun dan pecah rumah bersenjata api.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Ariffin Mohamad Nasir berkata, identiti ketiga-tiga penjenayah tersebut sedang dikenal pasti.
Pada masa sama, kata beliau, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan mengadakan sidang media berhubung kejadian tersebut.
“Setakat ini, identiti tiga individu berkenaan belum dikenal pasti.
“Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu pada sidang akhbar pada jam 2 petang ini,” katanya.