HomeBeritaAhmad Zahid kembali bertugas

Ahmad Zahid kembali bertugas

CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini telah kembali bertugas mulai hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Ahmad Zahid memaklumkan beliau telah menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah S.W.T, saya kembali bertugas melaksanakan amanah yang telah ditaklifkan dengan menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB PM.

“Semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk berkhidmat demi rakyat dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas sokongan dan doa,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu disaran oleh doktor untuk berehat sementara sebelum kembali bertugas selepas menjalani pembedahan.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas jenis pembedahan yang dilakukannya.

Author

Pilihan Editor