HomeGaya HidupAnak cerewet bab makan? Jom cuba resepi mudah ini!

Anak cerewet bab makan? Jom cuba resepi mudah ini!

SEBILANGAN ibu bapa pasti mengalami masalah memberi makanan seharian kepada anak-anak yang jenis cerewet atau ‘picky eater’.

Pening kepala setiap hari nak fikirkan menu hidangan bagaimana yang sesuai disediakan untuk menarik minat makan mereka.

Menurut perkongsian Nutritionist KKM di Facebook, kanak-kanak yang mengalami masalah memilih makanan ini berisiko kekurangan berat badan lalu membawa kepada masalah kekurangan nutrisi kerana diet.

Perkara ini susulan mereka tidak melibatkan kumpulan makanan yang terdapat dalam piramid makanan (karbohirat, protein, lemak, sayur dan buah).

“Kekurangan nutrisi pada kanak-kanak adalah perkara yang perlu dipandang serius kerana ia dapat memberi kesan pada proses perkembangan otak dan tubuh badan kanak- kanak.
“Selain itu, masalah ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak ini mudah diserang penyakit akibat daripada kekurangan nutrisi,” maklumnya.

Justeru, pihak Nutritionist KKM menyarankan tiga idea menu makanan sesuai dihidang buat anak-anak berusia 1 tahun dan keatas.

Berikut adalah idea menu saranan Nutritionist KKM:

Author

Pilihan Editor