HomeGlobalAngka kematian Gaza akibat serangan Israel melebihi 19,600

Angka kematian Gaza akibat serangan Israel melebihi 19,600

 

BANDAR GAZA, Palestin: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Genting Gaza meningkat kepada 19,667 sejak 7 Oktober, kata Kementerian Kesihatan di kawasan itu pada Selasa.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra menambah bahawa 52,586 orang lain cedera dalam serangan Israel.

“Hospital di selatan Gaza tidak lagi mampu menampung lebih ramai orang yang cedera,” kata jurucakap itu pada sidang media.

Al-Qudra berkata, 99 kakitangan perubatan ditahan oleh tentera Israel dalam keadaan yang teruk.

“Tahanan itu termasuk pengarah hospital Al-Shifa, Al-Adwa dan Kamal Adwan,” tambahnya.

Serangan udara dan darat Israel ke atas Genting Gaza sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas telah menyebabkan Genting Gaza menjadi runtuhan dengan separuh daripada stok perumahan wilayah pantai rosak atau musnah, dan hampir 2 juta orang kehilangan tempat tinggal dalam enklaf yang padat penduduk di tengah-tengah kekurangan makanan dan air bersih.

Hampir 1,200 tentera Israel dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas, manakala lebih 130 tebusan masih dalam tahanan. – Anadolu

Author

Pilihan Editor