PEMAIN sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safawi Rasid berkongsi berita duka apabila memaklumkan ayahanda tercintanya telah meninggal dunia awal pagi tadi.
Safawi yang berusia 26 tahun merupakan tonggak utama untuk pasukan negara dan juga JDT untuk beberapa musim ini.
CONDOLENCES TO SAFAWI RASID'S FAMILY
Our deepest condolences to Johor Darul Ta'zim FC player Safawi Rasid and family following the passing of his father on 1 Disember 2023. May he rest in peace. Al-Fatihah.
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan… pic.twitter.com/PZtMRcuj5y
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 1, 2023
Pengaruh yang dibawa oleh anak jati dari Terengganu ini telah membantu Malaysia melayakkan diri ke peringkat kumpulan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar, melalui penampilan yang berkualiti.
Berita sedih pemergian ayahanda, Rasid bin Sulong dikongsikan melalui Instagram Story miliknya awal pagi tadi.
Kehilangan ini pastinya memberikan impak besar kepada Safawi Rasid kerana kedua ibu bapanya merupakan tonggak utama yang menyokong dirinya dalam perjalanan sebagai pemain bola sepak profesional.
Semoga Safawi Rasid dan keluarga kekal tabah menghadapi ujian ini serta menerima segala ketentuanNya dengan redha.