HomeBeritaBanjir: Gelombang kedua, mangsa di Kelantan melonjak 3,938 orang

Banjir: Gelombang kedua, mangsa di Kelantan melonjak 3,938 orang

KOTA BHARU: Situasi banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini semakin serius apabila jumlah mangsa bertambah kepada 3,938 orang berbanding 3,570 berbanding malam tadi.

Meskipun cuaca baik dan cerah di kebanyakan kawasan sejak semalam, sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa dari 1,223 keluarga di tiga buah daerah setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, mangsa di Pasir Mas paling ramai terjejas banjir iaitu 3,670 orang daripada 1,115 buah keluarga berlindung di 11 PPS.

Menurutnya, seramai 176 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Tanah Merah manakala 92 orang di Kuala Krai.

“Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi bacaan paras bahaya, namun ia sebenarnya menunjukkan trend menurun.

“Bagaimanapun, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) ketika ini mencatatkan bacaan bacaan berjaga-jaga,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sungai-sungai utama yang lain di negeri ini berada pada paras normal. – Kosmo!

Author

Pilihan Editor