SITUASI banjir di beberapa buah negeri terutamanya di Pantai Timur, dilihat semakin teruk berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Tidak terkecuali negara jiran iaitu Selatan Thailand, turut dilanda air bah sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat.
Bagaimanapun, menerusi video tular, seorang peniaga wanita kelihatan masih setia menjual makanan kepada pelanggan meskipun air sudah mencecah paras pinggang.
Menerusi perkongsian video di TikTok @userp422ac68zn, wanita tersebut menjual nasi kerabu, bihun goreng serta beberapa jenis lauk pauk dipercayai di hadapan rumahnya di wilayah Narathiwat, Thailand.
Malah, turut kelihatan dua orang pelanggan sedang menunggu makanan dibungkus seolah-olah tidak gusar dengan keadaan sekeliling yang sudah ditenggelami air.
@userp422ac68zn
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
“Hati-hati dengan makanan lagi-lagi musim banjir ni takut penyakit taun yang kena nanti,” nasihat netizen.
“The real definition ‘life must go on’,” komen pengguna TikTok.
“Banjir-banjir pun… perut tetap kena isi,” seloroh netizen.