ISKANDAR PUTERI: Sepasang kekasih ditahan polis selepas didapati memberikan dadah kepada bayi mereka yang baru berusia 1 tahun 4 bulan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pasangan yang berusia 34 dan 31 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Khamis.
Menurut beliau, kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan kini ditahan kerana gagal membayar jaminan sebanyak RM6,000 yang ditetapkan.
“Polis menerima laporan daripada seorang doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap bayi tersebut, apabila mendapati bayi itu positif dadah pada 12 Disember lalu.
“Sehubungan itu, ibu bayi berkenaan telah ditahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala pasangannya ditahan di Jalan Salleh, di bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Tambah Rahmat, pemeriksaan ujian air kencing yang dibuat ke atas pasangan itu juga mendapati kedua-duanya turut positif penyalahgunaan dadah.
“Kes ini akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 23 Januari depan,” jelasnya lanjut.