HomeGaya HidupBuat telur masin 'homemade' sendiri je! Ini caranya

Buat telur masin ‘homemade’ sendiri je! Ini caranya

TERINGIN nak makan telur masin? Apa kata anda cuba buat telur masin sendiri di rumah. 

Cara pembuatan telur masin sangatlah mudah, selain telur itik anda juga boleh gunakan telur ayam!

Telur masin antara ‘peneman’ hidangan lauk kampung. Anda boleh menikmatinya dengan bubur, nasi kerabu atau makan begitu sahaja bersama nasi putih.

Jom ikuti cara membuat telur masin yang dibuat secara homemade yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Raja Amanina.

Foto: Raja Amanina

Bahan-bahan:

– 50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering).

– 500 gram garam kasar.

– 1.5 liter air.

– 2 helai daun pandan.

– Bekas berpenutup.

Foto: Raja Amanina

Cara Membuat:

  1. Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan (pastikan betul-betul sejuk ya).

2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.

3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15 hari).

4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.

Nota: Kalau belum cukup masin boleh tambah 3, 4 hari lagi.

5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam. Siap!

Foto: Raja Amanina

Ibu-ibu bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor