HomeNiagaDaftar kad Ramly RM5 seumur hidup, dapat diskaun hebat!

Daftar kad Ramly RM5 seumur hidup, dapat diskaun hebat!

SEJAK kebelakangan ini nama produk keluaran Kumpulan Ramly (Ramly) atau popular dengan nama Ramly Burger, kembali menjadi pilihan ramai.

Namun, tahukah anda bahawa dengan menjadi ahli Ramly anda boleh menikmati harga diskaun yang berbaloi?

Ramly menerusi Facebook rasminya baru-baru ini menyarankan orang ramai yang gemar menggunakan produk Ramly untuk mendaftar sebagai pemegang kad Ramly.

Dengan hanya membayar RM5, kad Ramly itu boleh digunakan seumur hidup.

“Min sarankan anda daftar sebagai pemegang kad Ramly. Nanti boleh beli produk di Ramly Halal Mart dengan harga diskaun. Di Ramly Halal Mart saja yaa.

“RM5 sahaja untuk seumur hidup,” maklumnya.

Ramly Halal Kiosk Malaysia

Difahamkan, kad Ramly itu boleh digunakan di seluruh outlet Ramly Halal Mart dan di cawangan Ramly Halal Kiosk.

Berikut adalah senarai outlet Ramly Halal Mart & Ramly Halal Kiosk yang boleh dikunjungi orang ramai:

Senarai outlet Ramly Halal Mart:

1. Ramly Halal Mart Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
2. Ramly Halal Mart Mukim Batu, Kuala Lumpur
3. Ramly Halal Mart Bentong, Pahang
4. Ramly Halal Mart Taman Klang Sentral, Selangor
5. Ramly Halal Mart Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur
6. Ramly Halal Mart Putrajaya
7. Ramly Halal Mart Kuala Terengganu, Terengganu
8. Ramly Halal Mart Shah Alam, Selangor
9. Ramly Halal Mart Bukit Mertajam, Pulau Pinang
10. Ramly Halal Mart Kampung Bharu, Kuala Lumpur
11. Ramly Halal Mart Kemaman, Terengganu
12. Ramly Halal Mart Indera Mahkota, Pahang
13. Ramly Halal Mart Bukit Bunga, Kelantan
14. Ramly Halal Mart Bandar Baru Bangi, Selangor
15. Ramly Halal Mart Puncak Alam, Selangor
16. Ramly Halal Mart Sendayan, Negeri Sembilan
17. Ramly Halal Mart Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
18. Ramly Halal Mart Banting, Selangor
19. Ramly Halal Mart Melaka, Melaka
20. Ramly Halal Mart USJ1, Selangor

Cawangan Ramly Halal Kiosk:

1. Ramly Bistro, Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur
2. Ramly Bistro, Axiata Arena, Kuala Lumpur
3. R&R Gurun Utara, Kedah
4. R&R Gurun Selatan, Kedah
5. R&R Gunung Semanggol, Perak
6. R&R Seremban Utara, Negeri Sembilan
7. R&R Pagoh Selatan, Johor

Untuk makluman, Ramly Burger mengusahakan perniagaan berasaskan daging sejuk beku dan burger serta turut beroperasi seperti restoran makanan segera.

Author

Pilihan Editor