HomeBeritaViralEmak rancak borak, anak guna khidmat DJ panggil mak balik

Emak rancak borak, anak guna khidmat DJ panggil mak balik

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda terpaksa meminta bantuan deejay (DJ) di sebuah majlis perkahwinan untuk menjemput ibunya pulang ke rumah.

Menerusi perkongsian video di TikTok @ahhcap, pemuda itu dilihat menggunakan khidmat DJ untuk membuat pengumuman bagi mengajak ibunya balik ke rumah.

“Kepada akak Linda, keluarga dah tunggu katanya. Kena announcement dekat sini kau, dahsyat betul.

“Kepada akak Linda tadi, dekat mana akak Linda tu,” umum DJ berkenaan.

Sebaik mendengar pengumuman tersebut, kelihatan seorang wanita keluar dari khemah kenduri kahwin berkenaan.

Wanita itu kelihatan terkejut kerana tidak menyangka namanya disebut oleh DJ berkenaan di sebuah majlis perkahwinan.

https://www.tiktok.com/@ahhcap/video/7311005102301580551?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7272230402668185096

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut terhibur dengan gelagat keluarga berkenaan.

Mujur… kalau tak sampai depan khemah dia sambung lagi… gerak sikit sampai tepi jalan sambung sembang lagi,” seloroh netizen.

“Haha bagus la panggil macam tu… Kalau tak sampai ke pagi belum pulang-pulang,” kongsi netizen.

“Kalau tak tegur lagi 2 jam sambung lepak banyak topik bila geng-geng mak jumpa. Trauma nak pergi kenduri tapi tu la bongsu selalu kena ikut,” komen netizen.

Author

Pilihan Editor