TINDAKAN seorang wanita yang melipat pakaian dengan kemas dan menyusun rapi dalam sebuah almari nyata menjadi perhatian warga net khususnya di Indonesia.
Meskipun kelihatan bersahaja, video yang dikongsi menerusi TikTok @arumfitriana_ itu kini mencecah lebih 11 juta tontonan.
Dalam paparan video itu, kelihatan seorang wanita memunggah almari pakaiannya yang disifatkan sudah tersusun rapi namun masih diperbaiki seluruh lipatan bagi setiap pakaian itu.
Menarik perhatian apabila susunan pakaian yang dilakukan wanita tersebut berjaya membuatkan rata-rata mata yang melihat video berkenaan rasa tenang dan nyaman.
Menjengah di ruangan komen, ribuan reaksi ditinggalkan warga net yang majoritinya kagum akan teknik lipatan dan susunannya.
Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh berharap dapat menjadi rajin seperti wanita tersebut bagi mengemas pakaian di rumah.
“Masya Allah itu rak baju ke rak buku? Rapinya” komen warga maya.
“Serapi itu dia kemas? Kalau aku dalam almari semua baju digantung tak ada yang berlipat weh!” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
“Almari dia kecil tapi muat baju banyak ya, almari aku besar tapi tak muat banyak, hampeh.” luah netizen yang terpegun melihat susunan pakaian dalam almari wanita berkenaan.
“Ini kakaknya yang kerajinan, apa aku yang kemalasan?” seloroh netizen.
“Lihat ini (video) terus buka almari sendiri, menangis langsung,” kongsi warga net.