TRENDING di aplikasi X ‘ #BoycottZara’ susulan jenama fesyen popular itu baru-baru ini, memuat naik foto sempena kempen koleksinya terbaharunya yang tampak jelas seolah-olah mengajuk situasi di bumi Palestin.
Menerusi hantaran dikongsi seorang pengguna X di akaun @khadijatweets_, dipaparkan ZARA memuat naik foto seorang model wanita berdiri sambil memegang prop yang mirip sekujur tubuh jenazah dibaluti kain putih.
“Kempen ZARA baru-baru ini yang mengeksploitasi pembunuhan beramai-ramai & mengomodasi kesakitan Palestin untuk keuntungan adalah menjijikkan.
“Memalukan jenama sahaja @ZARA kerana sanggup menjadi tamak hingga merendahkan aspek kemanusiaan dan berpura-pura seperti ia tidak berbahaya,” tulisnya.
Tindakan jenama popular itu nyata menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada sebilangan pihak seperti di Toronto, Kanada, tampil menganjurkan protes di hadapan kedai jenama tersebut.
https://twitter.com/Malcolm_Gazza/status/1734415778685030631
Bagaimanapun, hasil semakan menerusi laman Instagram ZARA didapati foto kempen yang penuh kontroversi itu telahpun dipadam.