KACANG panjang, kacang soya, kacang hijau dan kacang gajus, pastinya kesemua jenis kacang ini dikenali semua orang.
Berbeza dengan sejenis kacang ini yang berbentuk seperti tanduk kerbau dikenali sebagai ‘kacang tanduk’.
Nampak seram tapi berkhasiat!
Meskipun mempunyai bentuk yang aneh, kacang tanduk ini kaya dengan khasiat.
Memetik portal Impiana, antara khasiat kacang tanduk adalah berupaya mencegah kanser dan thyroid (kandungan iodin tinggi), merangsang emosi yang seimbang (vitamin B), mencegah kerosakkan dan memulihkan DNA yang rosak serta merangsang penghasilan tisu (antioksidan).
Selain itu, kacang ini turut berupaya membantu pesakit ekzema!
Untuk merawat ekzema, kisar kacang tanduk yang telah dikupas kulit menjadi pes. Kemudian, masakkan pes kacang tanduk tadi bersama sedikit air dan perahan lemon lalu di sapu pada bahagian yang bermasalah.
Justeru, tidak hairanlah jika ramai masyarakat Cina yang gemar menikmati kacang tanduk ini!
Cara penyediaan kacang tanduk
- Rebus
- Boleh rebus dengan air dan garam
Cuci bersih kacang tanduk, masukkan dalam periuk bersama bawang merah, bawang putih, kepingan halia, bunga lawang, lada bunga, daun pandan dan sedikit garam. - Rebus selama 30 minit.
- Mula-mula api besar, selepas mendidih guna api sederhana.
- Kalau nak cepat boleh guna pressure cooker.
- Masak sup
- Belah dua kacang tanduk, ambil isinya.
Masak sup daging atau ayam bersama rempah bunjut. - Boleh tambah carrot dan daun celery.
- Rasa kacang tanduk ini berlemak manis (ala-ala biji cempedak).
Boleh cuba ya!