HomeBeritaLelaki cuba bunuh diri sebab tidak lulus 'exam'

Lelaki cuba bunuh diri sebab tidak lulus ‘exam’

KLANG: Hanya kerana tidak lulus peperiksaan, seorang lelaki cuba bunuh diri dalam bangunan terbengkalai 30 tingkat di Lorong Kampar, Bukit Kuda di sini, semalam.

Bagaimanapun, hasrat lelaki berusi 20 tahun itu untuk meragut nyawanya sendiri terhenti selepas dipujuk selepas ditemui di aras 20 bangunan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.40 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal keluarga menyatakan mangsa hilang di bangunan terbengkalai di setinggi 30 tingkat di lokasi tersebut.

“Anggota bomba kemudiannya melakukan pencarian dan berjaya mengesan lelaki berkenan pada tingkat 20.

“Tindakan pantas penyelia dan bomba operasi kemudiannya berjaya memujuk mangsa untuk turun dari bangunan itu,” katanya memetik Kosmo hari ini.

Tambah beliau, mangsa cedera ringan di bahagian kaki dan diberikan rawatan awal oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Maklumnya lagi, berdasarkan siasatan awal dipercayai lelaki itu berada di bangunan tersebut untuk bunuh diri.

“Tindakan itu dipercayai akibat malu dengan keluarganya kerana tidak lulus peperiksaan.

“Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor