HomeBeritaMayat ahli perniagaan ditemui 8 km dari Jambatan Tendong

Mayat ahli perniagaan ditemui 8 km dari Jambatan Tendong

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan yang hilang selepas terjatuh dalam Sungai Kelantan kelmarin ditemui lemas hari ini.

Mayat mangsa, Mohd. Zulhilmi Mohd. Zamri, 37, dijumpai pada pukul 9.15 pagi di jeti Pok Heng berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sejak dua hari lalu.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, mayat mangsa yang terbabit dalam perniagaan membuat barangan besi ditemukan pada jarak lapan kilometer dari lokasi dia terjatuh di Jambatan Tendong.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis. JBPM Kelantan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi SAR termasuk penduduk dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang ahli perniagaan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Jambatan Tendong.

Mangsa disedari terjatuh dari jambatan itu oleh orang awam yang berada di lokasi berkenaan pada pukul 2.50 petang kelmarin. – Kosmo

Author

Pilihan Editor