HomeBeritaViralPatah hati dalam gembira lihat foto Prince Mateen dengan Dayang Anisha

Patah hati dalam gembira lihat foto Prince Mateen dengan Dayang Anisha

PETALING JAYA: Perkongsian terbaharu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah di laman Instagram, hari ini membuatkan ramai peminatnya patah hati.

Dalam hantaran tersebut, Putera Mateen telah berkongsi satu gambar bersama bakal isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam berserta ucapan pendek dalam ruangan kapsyen sempena tahun baru.

Menurut laporan media, Putera Mateen bakal bernikah bersama pilihan hatinya itu dalam majlis perkahwinan DiRaja bermula dari 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.

Istiadat Perkahwinan itu dilaporkan bakal berlangsung selama lapan hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wanita menyifatkan penyatuan tersebut sebagai peristiwa paling menyedihkan pada tahun 2023.

“Anak-anakku, inilah bakal ayahmu yang tidak boleh aku kecapi,” kata Irma.

“Selamat patah hati di penghujung tahun 2023 ya semua. Putera Mateen sudah rasmi mempunyai suri hati dalam hidupnya. Tahniah saya ucapkan,” kata Richard.

“Inilah alasan mengapa saya masih single pada tahun 2023,” kata Rahmadhani.

Terdahulu, dilaporkan Putera Mateen dan Dayang Anisha dikatakan mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan mereka mula dikesan pada tahun 2022 apabila sering dilihat bersama.

Difahamkan, Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa. – Kosmo

Authors

Pilihan Editor