ELON Musk sedia menubuhkan syarikat khusus memfokuskan pembangunan kecerdasan buatan, dinamakan xAI.
Produk pertama dibawahnya adalah Grok – yang mana berfungsi dalam bentuk chatbot lebih kurang sama seperti ChatGPT.
Namun, salah satu kelebihannya adalah akses kepada data dan info masa-nyata, hasil integrasi data platform X (atau Twitter).
Grok sebelum ini diperkenalkan secara terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.
Menariknya kini, pengguna Malaysia turut boleh menggunakan perkhidmatan Grok.
Untuk mengaksesnya, anda perlu melanggan X Premium+ yang berharga RM70 sebulan, dan seterusnya boleh mengakses bot Grok ini melalui web atau aplikasi mudah-alih. – Amanz