HomeBeritaPM lulus RM6 juta bina terowong air atasi banjir di Rantau Panjang

PM lulus RM6 juta bina terowong air atasi banjir di Rantau Panjang

 

PASIR MAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera RM6 juta bagi membina terowong air mengatasi banjir di Rantau Panjang.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk kerja-kerja membaik pulih benteng Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang pecah akibat arus deras sebelum ini.

“Pada masa sama kita akan bina dua lagi di tempat lain. Setiap pembinaan melibat peruntukan sebanyak RM2 juta,” katanya.

Menurut beliau, penyegeraan projek ini akan membantu mengurangkan masalah banjir yang sedang melanda di Rantau Panjang.

Sinar Harian pada 19 Disember lalu melaporkan penduduk di Rantau Panjang mendesak kerajaan supaya membina terowong khas bagi mengelakkan banjir termenung terus membelenggu mereka setiap kali Monsun Timur Laut (MTL).

Semenjak PLSB Sungai Golok dibina, lebih 10 kampung di sini terpaksa berdepan dengan banjir yang lama serta air mencecah sehingga tujuh meter. – Sinar Harian

Author

Pilihan Editor