HomeBeritaRoti canai makanan paling 'famous' dalam Foodpanda tahun ini

Roti canai makanan paling ‘famous’ dalam Foodpanda tahun ini

ROTI canai menjadi makanan paling popular kerana mendapat tempahan paling kerap dalam aplikasi Foodpanda bagi tahun 2023.

Perkara itu dimaklumkan Foodpanda menerusi satu kenyataan berdasarkan hasil tinjauan eksklusif ke atas jumlah pesanan pelanggan aplikasi berkenaan.

Menurut Foodpanda, selain roti canai, empat lagi makanan yang mendapat sambutan hangat adalah sate, nasi goreng kampung, roti telur dan nasi lemak.

“Sebagai penghargaan istimewa untuk pelanggannya, foodpanda dengan bangga memperkenalkan foodpanda Rewind 2023, tinjauan eksklusif ke atas jumlah pesanan pelanggan, makanan paling popular, sajian, barangan runcit yang paling diminati, dan banyak lagi, di mana semuanya dapat diakses melalui aplikasi.

“Tiada penjelasan lanjut yang perlu diungkap lagi, roti canai sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

“Pengiktirafan sebagai Roti Terbaik No. 1 di dunia oleh Taste Atlas menjadikannya pilihan utama dalam kalangan masyarakat tempatan dan merupakan ruji masakan. Koyakkan roti yang lembut itu, cicah ke dalam kari pilihan anda, dan rasai gabungan perisanya yang menakjubkan.

“Roti canai dan nasi goreng mendominasi tempahan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam, membuktikan rakyat Malaysia menggemari hidangan ini yang bukan sahaja memuaskan selera pada bila-bila masa sepanjang hari,” tulis kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, bagi barangan paling kerap ditempah menerusi Pandamart pula adalah roti berkrim perisa coklat.

“Turut tersenarai adalah roti putih dan telur. Selain itu, kedai-kedai pilihan di foodpanda ialah Lotus’s MY, HeroMarket dan 7-Eleven (barangan runcit).

“Melalui perkhidmatan pengambilan kami, pelanggan telah melangkau sebanyak 7,751 baris sepanjang tahun! Bagi mereka yang inginkan faedah terbaik, menjadi pelanggan pandapro membolehkan mereka menikmati penghantaran percuma dan tawaran eksklusif untuk makanan dan barangan runcit, memberi penjimatan kepada mereka sebanyak RM144 juta,” kongsinya.

Author

Pilihan Editor