RANCANGAN televisyen kanak-kanak merupakan salah satu platform pendidikan awal yang membantu perkembangan minda di awal usia.
Namun, apa yang membimbangkan ibu bapa ialah terdapat sesetengah rancangan yang menyelitkan elemen-elemen yang tidak sepatutnya dipertontonkan oleh kanak-kanak bawah 5 tahun.
Sebuah hantaran di Facebook Hanis Athirah Rusli mendakwa, sebuah siri animasi kanak-kanak popular di YouTube Kids menampilkan unsur LGBT.
Dakwanya, dalam satu episod, watak seorang kanak-kanak lelaki ditampilkan dengan memakai mahkota dan ‘tutu skirt’ sedang menari seperti seorang perempuan.
Malah, episod itu turut menampilkan dua lelaki yang dipercayai membawa watak ‘ibu ayah’ serta menggalakkan kanak-kanak itu menjadi diri sendiri.
“Jelas karakter budak tu lelaki kot, tapi dipakaikan crown, tutu skirt menari-nari macam budak perempuan dan galakkan supaya jadi diri sendiri.
“Lepas tu parents dua-dua g** konon-konon railah anak lelaki tu. Galakkan buat apa yang minat walaupun benda tu bercanggah dengan fitrah jantina.
“Bagi mereka ‘train them while they are young’ dan siap lirik lagi sebut ‘think about all the things you like to do, just be you’,” dakwa Hanis.
Tulisnya lagi, adegan itu amat membimbangkan kerana ia boleh memesongkan akidah anak-anak Islam yang akan menganggap bahawa keluarga LGBT adalah normal.
“Scene ni 100 peratus menjijikkan. Stop bagi anak-anak tengok.
“Allah dah letakkan fitrah yang baik dan sempurna, tapi mereka tetap juga degil nak langgar hukum.
“Nak normalisasi juga benda yang jauh dari batas kehidupan manusia normal ni.
“Awal-awal juga nak suntik jarum untuk ajar benda tak betul ni untuk anak-anak kecil kita,” tegasnya.