HomeBeritaSempena Krismas, harga tiket penerbangan tambahan turun hingga 33 peratus

Sempena Krismas, harga tiket penerbangan tambahan turun hingga 33 peratus

CYBERJAYA: Harga tiket penerbangan tambahan laluan domestik dilaporkan menurun menjelang perayaan Krismas tahun ini.

Menteri Kementerian Pengangkutan (MOT), Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkara itu susulan pelaksanaan inisiatif khas penerbangan tambahan.

Katanya, MOT menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) turut memantau rapi isu harga tiket penerbangan ketika musim perayaan Krismas.

“Untuk sambutan Krismas pada minggu depan, kita setakat ini telah pun berjaya dalam memudahcara sebanyak 114 penerbangan tambahan meliputi semua syarikat.

“Justeru, kejayaan Mavcom melakukan lebih 100 penerbangan tambahan membolehkan kos jatuh lima sehingga 33 peratus setakat pagi tadi berbanding minggu lepas,” katanya memetik Kosmo pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Perancangan Strategik Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengangkutan di Sama Sama Hotel, Sepang, semalam.

Tambah beliau, banyak aduan dan rungutan penumpang diterima susulan harga tiket tiba-tiba melonjak melebihi RM1,000 terutama pada saat-saat akhir kerana tiada pilihan baki kerusi.

Justeru katanya, pelaksanaan tambang RM599 itu akan bermula pukul 12.01 tengah malam 16 Disember dengan melibatkan tiket sehala kelas ekonomi dengan harga disubsidikan itu tidak termasuk cukai dan fi lain.

“Pada masa sama, saya juga beri amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak Mavcom kepada syarikat yang didapati sengaja mengingkari skim ini,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor