HomeBeritaViralTudung RM50,000 bikin netizen sedar diri 'level' B40

Tudung RM50,000 bikin netizen sedar diri ‘level’ B40

TULAR di aplikasi X sebuah video klip memaparkan model berhijab menggayakan tudung bawal berkilau dengan purata harga mencecah ratusan ribu ringgit.

Menerusi perkongsian di akaun @ricxxxkiddo, paparan video itu nyata menjadi perhatian warga net dek kerana harga jualan bagi sehelai tudung dihiasi batu permata itu dilabelkan amat mahal.

https://twitter.com/ricxxxkiddo/status/1737899087603859820

Bagaimanapun, ada juga yang berpandangan bahawa harga tersebut seakan normal buat pihak berkemampuan yang dikategorikan golongan T20.

Target customer dia orang T20.. so nak terkejut apa. Yang kita B40 ni.. tengok je la,” komen netizen.

“Harga tudung tu tak mahal, cuma kita je yang tak mampu nak beli. Bukan target audience dia,” ujar seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang seloroh menyatakan tidak berbaloi berhabisan ribuan ringgit jika tudung yang digayakan mereka tidak menjadi bentuk yang elok.

Awning nampak macam susah nak bentuk. Awning kalau tak jadi, the whole day akan stres,” luah warga net.

“Bayangkan beli tudung mahal-mahal, tapi awning tak jadi.. ngeri ngeri,” seloroh netizen.

Author

Pilihan Editor