HomeBeritaVan universiti 'sondol' belakang bas universiti

Van universiti ‘sondol’ belakang bas universiti

 

BERUAS: Sebuah bas Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dinaiki 32 penuntut terlibat kemalangan dengan sebuah van milik universiti sama di Jalan Pantai Remis, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak menerima panggilan kecemasan jam 10.45 malam.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan van Toyota Hiace dinaiki enam individu melanggar bahagian belakang bas universiti berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, seorang lelaki berusia 40-an tersepit di bahagian penumpang hadapan van, manakala pemandu van cedera ringan.

“Empat penumpang van serta semua 32 penumpang bas tidak cedera. Mangsa yang tersepit sudah dikeluarkan dengan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor