HomeBerita2024: Anwar tekad kerja lebih kuat, gigih

2024: Anwar tekad kerja lebih kuat, gigih

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk bekerja lebih kuat dan gigih pada tahun 2024.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, beliau menyatakan bahawa dirinya tidak cepat berpuas hati meskipun ada sebahagian pencapaian tahun ini seperti penurunan inflasi ke tahap dua peratus serta kadar pengangguran yang terendah, selain ekonomi berkembang dan bertahan pada empat peratus.

Katanya, ukuran sebenar adalah tentang kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Mungkin peratus rendah tetapi bagi yang tertekan, dengan kehidupan dan kos sara hidup, ia mesti segera ditangani.

“Suasana ketidaktentuan di beberapa tahun kebelakang adalah pedoman terbaik bahawa kita harus bekerja sebagai satu pasukan berkelanjutan dari asas politik yang kukuh.

“Ini hanyalah mukaddimah kepada jalan panjang ke arah reformasi, dan kita semestinya tidak boleh terpukau kerana sekiranya terpukau, kita akan lena.

“Kita mesti bekerja lebih kuat dan gigih di tahun 2024, dan itu tekad kita. Selamat Tahun Baru 2024,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor