BERCAKAP tentang media sosial, anak muda merupakan golongan utama yang memenuhi ruang ini.
Di sebalik keterbukaan yang tentunya memberikan banyak manfaat kepada pengguna, ia juga mengundang kepada banyak gejala negatif seperti buli siber, penggunaan kata-kata kasar dan lucah, menjadi mangsa penipuan, masalah kesihatan mental, serta penyebaran berita atau maklumat palsu.
Justeru, Aishah Came menerusi Facebook berkongsi tujuh tips kekal bertenang apabila menggunakan media sosial.
“Bila jumpa geng ngopi mak-mak yang menghampiri umur 40 series , masing-masing bersetuju ‘tenang is good’ bukan saja secara mental dan emosi malah badan rasa lebih sihat,” tulisnya
- Tak perlu ambil serius
Bila terbaca status yang kita rasa ‘dituju pada kita’ remind diri kita, itu hanya perasaan kita. Kalau terasa mungkin ada sebab, mungkin tanda perlu muhasabah diri.
- Tak salah bila tersilap langkah
Adakala kita buat sesuatu tapi tak menjadi. Tak apa, setiap pengalaman adalah pengajaran. Sentiasa ada hikmah insyaAllah walaupun perancangan kita ke laut.
- Belajar mendengar dan kurang bercakap
Mulut yang banyak bercakap, akan kurang mendengar. Ada masa kita boleh cakap, ada masa kita perlu belajar untuk mendengar.
- Bersyukur dengan apa yang ada depan mata
Sentiasa bersyukur, walaupun sekecil nikmat.
- Jangan banding-banding
Bila kita kerap banding diri kita dengan orang lain, secara tak langsung mungkin kita kurang rasa bersyukur. Sedangkan takdir kita semua tak sama.
- Belajar untuk bertanggungjawab
Walk the talk. Contoh jika mulut kata nak sihat, susuli dengan tindakan yang sesuai.
- Jauhi perdebatan
Adakala berdebat tidak bawa kepada solusi, hanya penat emosi dan perbalahan yang tiada pengakhiran.
Kita tak boleh kawal orang lain. Kita hanya boleh usaha untuk kawal diri sendiri.
Semoga bermanfaat! pastikan anda menggunakan semua platform media sosial dengan betul.