HomeGaya Hidup95% rakyat Malaysia tak makan sayur

95% rakyat Malaysia tak makan sayur

95 peratus rakyat di negara ini tidak makan sayur-sayuran, maklum Public Health Malaysia (PHM).

Perkara itu dirujuk menerusi satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, sekali gus memberi kebimbangan akan penyakit kanser.

PHM dalam satu hantaran di Facebook turut menyatakan bahawa, kanser usus adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia.

“Tahukah anda, risiko kanser usus meningkat 19 peratus untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari.

“Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi.

Baru-baru ni, kajian menunjukkan 95 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan mencukupi. Maka tidak hairanlah kanser usus adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia,” tulis PHM.

Susulan itu, PHM menasihatkan orang ramai supaya berpada-pada ketika memakan makanan yang diproses dan daging merah.

“Jadi pada yang suka makan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-pada bila mengambilnya dan lebihkan memakan sayur dan buah-buahan iaitu lima hidangan setiap hari,” ujarnya.

Poster dimuat naik PHM berhubung kesan tidak mengambil sayur-sayuran dalam pemakanan // FB Public Health Malaysia

Author

Pilihan Editor