HomeBeritaViral‘Anak aku autisme’ – Ibu tunggal dikecam sebab tak boikot, beli bubur...

‘Anak aku autisme’ – Ibu tunggal dikecam sebab tak boikot, beli bubur di…

TULAR di media sosial satu hantaran memaparkan keluhan seorang ibu tunggal yang dikecam, gara-gara membeli bubur di sebuah restoran makanan segera popular di Malaysia.

Menerusi perkongsian yang tular itu, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia mempunyai dua orang anak dan satu daripada mereka menghidap autisme.

‘Mein, aku sedih.. aku ibu tunggal ada 2 orang anak (seorang autisme). Anak yang autisme ni hari-hari akan makan bubur, aku pernah beli brand lain tapi dia tetap nak McD.

“So, sekarang lepas ambil dia aku akan singgah McD tapi semalam ada orang snap gambar kereta aku, masuk dalam group perumahan. Tak boikot katanya,” kongsi wanita itu.

Tangkap layar yang tular di media sosial memaparkan luahan seorang ibu tunggal berhubung isu boikot.

Luahan wanita itu turut mendapat perhatian aktivis yang aktif membela nasib Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Zaini Mat Abas.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Mohd Zaini menasihatkan orang ramai supaya tidak menghakimi seseorang itu tanpa usul periksa.

“Jangan pernah rasa kita lebih baik dari saudara kita yang lain. Sesiapa sahaja, selagi mereka bernama manusia, pastinya ada salah dan dosa masing-masing. Itu simple dan clear.

“Tentang isu boikot produk tertentu dalam komuniti kita ni, ia seperti tidak selesai. Antara sebabnya adalah apabila wujudnya manusia yang rasa dia yang terpaling boikot berbanding orang lain.

“Bukan setakat nak boikot, malah siap nak aib kan (atau menguar-uarkan) orang lain yang menjadi pelanggan syarikat berkenaan,” tulisnya.

Susulan itu, Mohd Zaini yang juga pengasas Pondok OKU berharap, orang ramai dapat mengubah sikap dan tanggapan sebelum bertindak.

“Tatkala kita rasa kitalah yang terpaling taat, terpaling taqwa. Itulah permulaan kejayaan syaitan.

“Ini bukan kerana dia ibu tunggal yang ada anak autisme. Tapi ini isu buli yang tak disedari. Kalau dia ibu beranak ramai pun, apa masalah nya? Sampai nak aibkan mereka dalam masyarakat, hanya disebabkan kalian rasa kalian lebih beriman.

“Kepada yang rasa dia lebih baik dari orang lain, ingatlah, ‘apabila iblis gagal buat kita jahat, dia akan usaha untuk buat kita rasa diri kita lebih baik’,” pesannya.

Author

Pilihan Editor