HomeGaya HidupBahaya kahwin dengan sepupu sendiri – Doktor ini perjelas risiko penyakit…

Bahaya kahwin dengan sepupu sendiri – Doktor ini perjelas risiko penyakit…

 

TAHUKAH anda bahawa risiko bercinta dengan sepupu sendiri itu amat tinggi?

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan yang juga pempengaruh, Dr Samhan tampil memberi penerangan risiko mengahwini sepupu sendiri.

Menerusi perkongsian di platform X miliknya, Dr Samhan menjelaskan bahawa persamaan genetik yang dimiliki antara seseorang itu dengan sepupunya amat dekat.

“Bahaya kahwin dengan sepupu sendiri. Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk you all untuk kahwin dengan sepupu sendiri. Dari sudut agama, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.

“Tetapi, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

“Jadi kenapa saya tidak menggalakkan perkahwinan dengan sepupu sendiri, ia adalah kerana kita dan sepupu kita berkongsi genetik yang sangat dekat. Lebih rapat pertalian, lagi tinggi persamaan genetik. Jadi lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat penyakit keturunan genetik,” tulisnya.

Menurut Dr Samhan, persamaan genetik antara seseorang itu dengan sepupunya adalah 12.5 peratus.

“Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut.

“Mengikut kajian, kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4 hingga 6 peratus untuk gangguan genetik resesif autosomal. Contoh penyakit genetik resesif autosomal adalah talasemia, cystic fibrosis, dan spinal muscular atrophy,” jelasnya.

Justeru, Dr Samhan menasihatkan supaya elak berkahwin dengan sepupu dan digalakkan untuk mengahwini mereka yang tiada pertalian keluarga dengan kita.

Author

Pilihan Editor