HomeGaya HidupBeg plastik banyak hingga makan ruang? ini cara mudah simpan

Beg plastik banyak hingga makan ruang? ini cara mudah simpan

WALAUPUN terdapat beg kitar semula yang terjual di kebanyakan pasar raya namun, beg plastik tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk meletakkan barang yang dibeli.

Sehinggakan setiap rumah di Malaysia mempunyai longgokan beg plastik yang banyak kerana menurut para ibu di Malaysia terdapat banyak kegunaan yang boleh dilakukan menggunakan plastik itu.

Oleh itu, lama-kelamaan beg plastik yang terkumpul menjadi banyak sehingga merosakkan pemandangan di satu sudut rumah.

Justeru, seorang pengguna TikTok berkongsi cara penyimpanan beg plastik yang kemas dan mudah.

Untuk memudahkan penyimpanan beg plastik, antara bahan-bahan yang diperlukan adalah bekas plastik bersaiz sederhana dan gegelung kotak tisu tandas.

Langkah-langkah

  1. Ambil bekas plastik bersaiz sederhana dan buatkan lubang berbentuk ‘oval’ pada penutup bekas yang telah disediakan.
  2. Kemudian kumpulkan plastik mengikut saiz yang sama atau lebih kurang bagi memudahkan proses penyimpanan.
  3. Gulung plastik pada gegelung kotak tisu tandas dan sambungkan setiap plastik di setiap tangkai plastik (rujuk video di bawah untuk kefahaman)

https://www.tiktok.com/@nurfarhana878/video/7235986070490385666

Proses penyimpanan ini juga boleh dilakukan mengikut saiz plastik di dalam bekas yang berbeza.

Semoga bermanfaat.

Author

Pilihan Editor