HomeGaya HidupBukan setakat cantikkan kuku, pokok inai pun ada pelbagai khasiat!

Bukan setakat cantikkan kuku, pokok inai pun ada pelbagai khasiat!

DI Malaysia, semua sedia maklum bahawa inai dihasilkan daripada daun inai dan campuran bahan-bahan lain.

Jika dulu inai hanya dipakai oleh mempelai serta keluarga semasa malam berinai di majlis persandingan, kini inai dijadikan perhiasan jari tidak kira masa dan musim.

Ramai dalam kalangan wanita yang mengikut trend mewarnakan kuku dengan inai agar kelihatan lebih menyerlah dan cantik. 

Namun, bagaimana pula dengan khasiat daun inai?

Menurut Women Online Magazine, inai merupakan sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutama pada bahagian daunnya. 

Inai dalam bahasa saintifiknya adalah Lawsonia Inermis. Nak tahu khasiat lain daun inai mari ikuti penerangannya di bawah.

Malah, pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya, di mana, selama berkurun-kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan dan salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Khasiat pokok inai

Berikut merupakan antara khasiat yang ada pada pokok inai:

  • Menyembuhkan sakit perut dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
  • Kulit pokok inai juga dikatakan mampu menyelesaikan masalah perut masuk angin dan cirit-birit.
  • Digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Bersihkan daun terlebih dahulu, kemudian tumbuk daun sehingga hancur. Selepas itu, sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
  • Mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki.
  • Serbuk daun inai dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit dan sengal-sengal tulang.
  • Jus daun inai digunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas.
  • Kulit pokok inai dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti sakit atau demam kuning yang selalu dihadapi oleh bayi yang baru lahir dan hati membengkak.

Author

Pilihan Editor