HomeGaya HidupCara kutip hutang dari 'member', guna MAE je!

Cara kutip hutang dari ‘member’, guna MAE je!

PASTI ada sebilangan dari kita yang mengalami masalah untuk meminta duit hutang daripada kenalan yang meminjam.

Meskipun anda suda cuba cakap sebaik mungkin namun, kenalan yang meminjam itu masih ‘liat’ nak bayar hutangnya.

Jangan risau, kini ada satu lagi cara baharu yang anda boleh praktikal untuk mudahkan golongan berkenaan melunaskan hutang mereka dengan cara menggunakan aplikasi MAE Maybank.

Jom ikuti tips kutip hutang atau duit menggunakan MAE Maybank hasil perkongsian Bie Kitchya.

  1. Buka aplikasi MAE dan klik Send & Request
  2. Boleh pilih Request Money atau DuitNow Request
  3. Boleh pilih maklumat orang yang mahu diminta wang
  4. Isi semua maklumat yang diminta

5. Masukkan nilai dan tick right button

6. Pastikan semua detail betul, nilai dan lain-lain. Dah puas hati klik Send Now

*Si penghutang akan dapat pop-up mesej anda meminta wang daripadanya.

Mudahkan? Nampaknya dah boleh start kutip hutang dekat orang.

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor