HomeBeritaViralDilabel 'zalim', DBKL 'sekolahkan' netizen isu roboh gerai penjaja di Kampung Baru

Dilabel ‘zalim’, DBKL ‘sekolahkan’ netizen isu roboh gerai penjaja di Kampung Baru

“ZALIM.”

Demikian respons warga net apabila melihat beberapa gerai di kawasan Kampung Baru dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) awal pagi Isnin.

Video tular yang dikongsikan oleh pengguna X memaparkan proses merobohkan tempat berkenaan menggunakan mesin jengkaut.

“DBKL sedang menjalankan kerja-kerja meroboh gerai ikan singgang di Kampung Baru yang bermula sekitar jam 9 pagi tadi,” tulis pengguna X

Tidak berdiam diri, DBKL menerusi ruangan komen menyatakan bahawa pemilik gerai itu telah dipindahkan ke tempat yang selera untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

“Jangan menghukum kami tanpa fakta. Faktanya semua penjaja ini telah disusun semula dan ditempatkan di medan selera baharu.

“DBKL telah menyusun semula penempatan penjaja-penjaja ini ke lokasi yang lebih kondusif di Medan Selera Singgang Madani,” tulisnya.

Untuk rekod, sebanyak 26 penjaja gerai ikan singgang telah ditempatkan semula di lokasi baharu iaitu Medan Selera Singgang Madani@Batu Bata, Titiwangsa.

Author

Pilihan Editor