HomeMV+PendapatHaid tak teratur? Ketahui gejala PCOS!

Haid tak teratur? Ketahui gejala PCOS!

Apa itu PCOS ?

PCOS ialah diagnosis Sindrom Ovari Polisistik atau Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) iaitu satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengalaminya.

Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid tidak teratur disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.

Adakah sindrom PCOS ini menjejaskan kesihatan remaja ?

Sindrom ovari polisistik (PCOS) ini menjejaskan anggaran 8–13% wanita umur reproduktif. Hanya 70% wanita yang terjejas masih tidak didiagnosis di seluruh dunia kerana PCOS adalah penyebab paling biasa anovulasi dan penyebab utama ketidaksuburan. PCOS dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan jangka panjang yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi.

Kenalpasti Gejala (Simptom) PCOS

Gejala sindrom ovari polisistik boleh berbeza dari orang ke orang. Gejala mungkin berubah dari semasa ke semasa dan sering berlaku tanpa pencetus yang jelas.

Wanita yang mempunyai PCOS ini mempunyai banyak sista di dalam ovari mereka yang boleh menyebabkan kecelaruan hormon. Sista-sista ini dipenuhi dengan cecair dan telur yang belum matang. Jika anda mempunyai keadaan ini, ovari akan membesar.

Simptom yang mungkin termasuk dalam PCOS ini adalah :

  1. Masalah kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali, kesuburan, fungsi jantung dan paras rupa.
  2. Mempunyai berat badan yang berlebihan (obes), obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang.
  3. Selain berat badan yang semakin bertambah, dia sering mengalami kembung perut dan kelesuan.
  4. Mempunyai banyak bulu di muka atau badan yang lebih dari biasa (hirsutism).
  5. Jerawat atau kulit muka berminyak.
  6. Kemurungan atau berubah suasana hati (mood).
  7. Kebotakan corak lelaki atau rambut menipis.
  8. Badan anda menghasilkan hormon lelaki lebih berbanding hormon wanita.

Orang yang mengalami PCOS berpotensi mengalami beberapa masalah kesihatan seperti:

  • Diabetes
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi)
  • Kolesterol tinggi
  • Penyakit jantung
  • Kanser endometrium (kanser lapisan dalam rahim).

Rawatan

Tiada ujian yang boleh meramal polycystic ovary syndrome. Kebanyakan kes didiagnosis apabila wanita datang untuk bertanya masalah yang berlaku. Kemudian, doktor akan bertanya tentang simptom yang dialami dan sejarah keluarga yang berkaitan keadaan kesihatan atau jika anda menjalani sebarang rawatan. Untuk mendapat kepastian diagnosis, doktor akan menjalankan beberapa ujian seperti:

  • Ujian darah: menyukat paras hormon secara umum
  • Ujian tiroid: memeriksa tahap aktiviti hormon thyroid
  • Ujian glukosa: menunjukkan ketahanan insulin
  • Ujian paras lipid: PCOS akan menjadikan tahap kolestrol dan trigliserida tidak normal
  • Ujian pengimejan (CT-skan, ultrasonografi) mungkin diperlukan untuk memeriksa saiz ovari anda.

Jika doktor mengesyaki sebarang ketumbuhan, laparoskopi pelvik akan menunjukkan keadaan ketumbuhan tersebut. Sementara itu, biopsi mungkin dijalankan untuk mengesan sel kanser.

Alternatif lain boleh dilakukan bagi mengatasi masalah PCOS:

  • Pil perancang (OCP) – untuk memperbetulkan kitaran haid.  Ia juga boleh menghindarkan kanser rahim atau hyperplasia selaput endometrium. OCP yang mempunyai anti-androgen (cyproterone acetate) boleh juga mengurangkan hirsutism dan jerawat.
  • Progestin- sejenis hormon yang diberi selama 21 hari untuk 1 hingga 3 bulan. Ia boleh mangatur pusingan haid tapi tidak membantu dalam hirsutism atau jerawat.  Progestin juga tidak menghindar keupayaan mengandung (ia bukan OCP).  Akan tetapi, ia boleh mengurangkan risiko kanser rahim dan hyperplasia selaput endometrium.
  • Hirsutism- bulu yang berlebihan di badan.  Ia boleh dirawat dengan bercukur, kaedah electrolysis atau rawatan laser.  Sementara itu terdapat ubat-ubat anti-androgen seperti cyproterone acetate atau alderone, yang diambil untuk 4 hingga 6 bulan boleh membantu mengurangkan hirsutism.
  • Penurunan berat badan – kaedah yang paling efektif dalam mengawal insulin, mengatur semula kitaran haid kembali normal dan simptom-simptom PCOS lain.  Dengan hanya mengurangkan 5-10% dari berat badan, sudah cukup untuk pusingan haid kembali normal.
  • Metformin (Glucophage) – ubat untuk meningkatkan efekasi insulin dalam badan. Boleh membantu ovulasi bagi sesetangah pengidap PCOS, lebih-lebih lagi yang ada obes dan mempunyai kencing manis (DM).
  • Ketidaksuburan – kaedah perubahan gaya hidup, ubat-ubatan atau pembedahan untuk merangsang ovulasi tetap. Persenyawaan in-vitro (IVF) boleh digunakan tetapi ia mempunyai beberapa risiko.

** Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan dari World Health Organization, Hello Doktor & Doctor On Call

Oleh: NUR AQILA ABDUL ALI
Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Author

Pilihan Editor