HomeSukanJodoh Jurgen Klopp dan Liverpool berakhir hujung musim ini

Jodoh Jurgen Klopp dan Liverpool berakhir hujung musim ini

PENGURUS Liverpool FC, Jurgen Klopp, 56, mengesahkan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan itu pada akhir musim ini.

Klopp turut menyatakan bahawa beliau telah “kehabisan tenaga”.

Difahamkan, kontrak pengurus yang berasal dari Jerman itu berakhir pada tahun 2026.

Sejak dilantik sebagai pengurus The Reds pada Oktober 2015, Klopp berjaya memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2019 sebelum membawa Liverpool meraih gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun pada musim 2019-20.

“Saya sudah memberitahu kelab pada bulan November,” kata Klopp, yang mengumumkan keputusan itu ketika pasukannya berada di puncak Liga Perdana.

“Saya faham ini mungkin mengejutkan bagi ramai orang pada masa ini, apabila anda mendengarnya untuk kali pertama, tetapi saya boleh jelaskan, atau setidak-tidaknya cuba untuk menjelaskannya.

Menurut laporan BBC, Liverpool telah memenangi setiap kejohanan utama sejak jurulatih Jerman itu mengambil alih pasukan The Reds.

Klopp juga berjaya membawa Liverpool meraih Piala Eropah keenam mereka pada tahun 2019 apabila mudah menundukkan Tottenham dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Madrid.

Selain itu, pasukan Liverpool turut berjaya meraih kejuaraan dalam Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA, dan yang paling penting, gelaran Liga Perdana pada musim berikutnya.

 

 

Author

Pilihan Editor