HomeGaya HidupSOCAR tawar diskaun hebat sempena ‘Vacay for Real’

SOCAR tawar diskaun hebat sempena ‘Vacay for Real’

MUSIM percutian sudah pasti merupakan waktu terbaik untuk orang ramai meluangkan masa bersama insan tersayang.

Pasti ramai yang sudah melakukan perancangan rapi untuk bercuti ke destinasi pilihan, termasuk menempah bilik hotel dan inap desa terbaik.

Namun, tatkala semuanya sudah diatur, kenderaan yang harus diguna pakai pula mengalami pelbagai masalah dan tidak sesuai digunakan untuk melakukan perjalanan.

Ini termasuk ia tidak semena-mena mengalami kerosakan serta memerlukan kos tinggi untuk memperbaikinya dalam tempoh singkat.

Bagi situasi lain, kenderaan yang harus digunakan dilihat terlalu sempit dan tidak memberi keselesaan buat jumlah penumpang yang ramai.

Kini, anda tidak lagi perlu khuathir dan masih boleh meneruskan percutian dengan hanya memuat turun aplikasi sewa kereta nombor satu Malaysia, SOCAR.

Ikuti kempen ‘Vacay for Real’ yang menawarkan diskaun eksklusif buat pelanggan setia SOCAR, bagi memastikan percutian berlangsung dengan penuh keterujaan dan harga berpatutan.

Berikut merupakan kod diskaun yang boleh didapati di aplikasi SOCAR:

Antara tawaran diskaun di SOCAR dengan tempahan kereta sewa minimum bagi tempoh tiga hari.

VACAYFR50: Tawaran diskaun sebanyak 50% apabila anda membuat tempahan 28 hari lebih awal dengan sewa minimum bagi tempoh 3 hari, antara 27 November 2023 — 20 Disember 2024 dengan penghantaran percuma SOCAR-2-YOU, dihadkan pada RM400.
VACAYFR40: Tawaran diskaun sebanyak 40% apabila anda membuat tempahan seminggu lebih awal dengan sewa minimum bagi tempoh 3 hari, antara 27 November 2023 — 28 Januari 2024 dengan penghantaran percuma SOCAR-2-YOU, dihadkan pada RM350.
DRIVENOW30: Tawaran diskaun sebanyak 30% apabila anda membuat tempahan minimum bagi tempoh 3 hari antara 20 Disember 2023 — 1 Januari 2024, dengan penghantaran percuma SOCAR-2-YOU, dihadkan pada RM350.

Menerusi kod SOCAR-2-YOU, penghantaran kereta sewa secara percuma akan dilakukan di depan pintu rumah anda atau kenderaan akan diambil ketika perjalanan yang jauh.

Dengan harga sewa kenderaan serendah RM53 sehari, anda kini bebas meneroka destinasi percutian menerusi lebih 40 model kenderaan dan 2,000 kereta di lebih 1,000 lokasi di seluruh negara.

Ini termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang , Ipoh, Melaka, Kota Kinabalu, Negeri Sembilan dan banyak lagi.

Pelanggan boleh menikmati gaya hidup mewah tanpa sebarang gangguan dan fleksibiliti untuk menerokai laluan sukar dengan SOCAR.

Apatah lagi, ketersediaan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang luas mampu memuatkan pelbagai saiz bagasi dan barangan.

Tanpa sebarang komitmen atau deposit, tempah kereta sewa anda hari ini dan hayati musim cuti ini dengan SOCAR.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Vacay For Real, terma dan syarat, kriteria kelayakan, serta sebarang promosi akan datang, layari www.socar.my atau aplikasi SOCAR.

Author

Pilihan Editor