USAHAWAN yang juga pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengumumkan bakal melancarkan produk terbaharunya, Dendeng Nyet Berapi pada Jumaat ini.
Menerusi akaun X rasminya, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA menyatakan produk itu bakal dijual menerusi siaran langsung (Live) di platform TikTok rasmi @Khairulaming pada jam 9 malam, Jumaat ini.
Difahamkan, sebanyak 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi akan dijual pada hari berkenaan.
“Hari ini juga kita ingin mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand. 80,000 unit akan dijual untuk launching pada hari Jumaat (2 Februari) ini.
“Kita telah ambil masa setahun untuk R&D (research & development) produk kedua ini dan telah memakan modal lebih dari RM2 juta ringgit untuk persiapan mesin dan renovation kilang.
“We hope you will like it, kalau ada kekur
Untuk tahun 2023, jualan Sambal Nyet mencecah Rm 20 juta, peningkatan lebih 40% dari tahun 2022. Hari ini juga kita ingin mengumumkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand.
80,000 unit akan dijual untuk launching pada hari Jumaat (2 Feb) ini. Kita telah ambil masa… pic.twitter.com/9qGhjbGLBP
— Khairulaming (@khairulaming) January 29, 2024
angan boleh inform kita untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari launching nanti,” tulisnya.
Terdahulu, KA menyatakan jualan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet mencecah RM20 juta bagi tahun 2023, sekali gus menunjukkan peningkatan 40 peratus dari tahun 2022.