MEMILIKI pasangan hati yang memahami dan melengkapi diri pasti membuatkan anda rasa bertuah dan nyaman.
Baru-baru ini, sepasang suami isteri berjaya membuatkan orang ramai sebak menerusi tingkah laku mereka yang tidak dijangkakan.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok @__shaaaaa7, kelihatan seorang pakcik menemani isterinya bersiar-siar di Jerai Sky View, Puncak Gunung Jerai, Kedah.
Menjadi perhatian apabila isteri pak cik tersebut dengan lantang menjerit sekuat hati seolah-olah mahu melepaskan stres.
Malah, pakcik yang dilihat ‘supportive’ itu turut menjerit bersama isterinya.
Selepas menjerit, pakcik itu dilihat memberikan tepukan dan membalas pelukan isterinya yang jelas berani menjerit sekuat hati.
Video ringkas itu menjadi perhatian warga net dan kini mendapat lebih 1.2 juta tontonan di TikTok.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat tindakan pasangan berkenaan.
“Disisi orang yang tepat, kadang bukan sesaja nak jerit, tapi dengan jerit itu dapat luah segala yang dipendam. Lega rasa,” tulis netizen.
“Kenapa makcik yang jerit aku yang menangis. Rasa aku pula lepaskan semua beban.. Bila dia sebut ya Allah ya tuhanku lagi meleleh air mata aku,” ungkap warga maya.