HomeBeritaRemaja diberi RM20 selepas tubuh kena 'ratah'

Remaja diberi RM20 selepas tubuh kena ‘ratah’

Gombak: Polis menahan seorang lelaki yang mencabul seorang remaja dalam kejadian di sebuah rumah dekat Batu Caves di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 13 tahun itu disapa suspek yang bermotosikal ketika sedang berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia 41 tahun itu kemudian mengajak mangsa menaiki motosikalnya dan membawa mangsa ke rumahnya yang terletak sekitar 700 meter dari kediaman suspek.

“Mangsa kemudian dicabul sebelum melarikan diri pulang ke rumahnya selepas suspek memberikan wang sebanyak RM20.

“Suspek kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibu dan bapanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Ariffin, susulan kejadian itu keluarga mangsa membawa mangsa membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan jam 1.50 pagi kelmarin (Ahad) sebelum direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampul membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-612622,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor