HomeBeritaViral'RM10 burger biasa? Bro kena scam' - Netizen selar peniaga jual harga...

‘RM10 burger biasa? Bro kena scam’ – Netizen selar peniaga jual harga ‘melampau’ dekat pelancong asing

“ADAKAH saya benar-benar ditipu di gerai burger?.”

Demikian luahan seorang pelancong luar negara apabila peniaga gerai burger meletakkan harga sebanyak RM10 untuk sebiji burger daging.

Difahamkan, burger yang dibeli pelancong itu hanyalah burger daging biasa tanpa meletakkan bahan-bahan seperti telur dan keju.

Video yang dikongsikan di Facebook itu mendapat perhatian warga net yang rata-ratanya terkejut dengan harga diberikan peniaga sedangkan ia biasanya dijual pada harga sekitar RM4 atau RM5 untuk sebiji burger biasa.

Menerusi video itu juga dapat dilihat burger daging milik lelaki itu hanya mengandungi roti, sekeping daging, sos serta sayur-sayuran.

Dalam video yang sama, pelancong itu turut bertanyakan kepada pengikutnya sekiranya dia telah ditipu oleh peniaga gerai berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan peniaga terbabit yang mengambil kesempatan dengan menjual harga ‘cekik darah’ kepada pelancong itu.

Yeah brothey scammed you. And it’s a shame for us as Malaysians. The actual price is only RM4/burger for original. They overpriced you. Stay safe brother,” komen netizen.

“RM10 burger biasa? Kurang hajo betul budak-budak ni… kalau dorang ni pekerja elok owner gerai ni check sikit la pekerja korang tu, ni kalau report baru tahu kena saman harga pon takde letak,” selar netizen.

I think you got cheated for normal Ramly burger should be around RM4 or 5 that RM10 is too much,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor