HomeBeritaMahkamah & JenayahSamun kedai serbaneka guna semburan alat pemadam api

Samun kedai serbaneka guna semburan alat pemadam api

YAN: Video dua penjenayah melakukan samun ke atas sebuah kedai serbaneka menggunakan alat pemadam api, dekat sini pada Khamis lalu viral di media sosial.

Kejadian yang dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan dua lelaki meluru masuk ke dalam premis dengan seorang daripada mereka terus menyembur alat pemadam api ke arah dua jurujual wanita yang berada di dalam premis.

Seorang lagi penjenayah melarikan sejumlah wang tunai dari mesin wang di kaunter bayaran.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada pukul 7.25 malam ketika dua jurujual wanita berada di dalam kedai.

Katanya, akibat kejadian itu, pemilik kedai mengalami kerugian sebanyak RM2,800 selepas peti mesin wang kedai dilarikan oleh dua suspek terbabit, lapor Kosmo! Online.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya pada Ahad.

Author

Pilihan Editor