HomeBeritaViralSuami kantoi kahwin dengan 'intern' di Thailand! - Wanita ini ingatkan kaum...

Suami kantoi kahwin dengan ‘intern’ di Thailand! – Wanita ini ingatkan kaum hawa supaya…

ISTERI mana tidak kecewa apabila mengetahui rahsia yang disorok oleh suaminya lebih-lebih lagi jika perkara itu melibatkan orang ketiga.

Baru-baru ini, seorang perunding psikologi keluarga, Suzana Ghazali berkongsi kisah seorang wanita yang kecewa selepas mengetahui suaminya sudah bernikah dengan seorang pelajar di Thailand.

Menerusi hantaran di Facebook Suzana, dia menceritakan bahawa si isteri mulai sedar perubahan suaminya yang menjadi baran dan kasar termasuklah ketika bersama anak-anak.

“Klien: Saya perasan suami berubah. Mudah sangat nak marah. Layan anak-anak pun dah kasar dan garang (info awal sesi: anak 4 orang, umur 8 bulan hingga hampir 5 tahun – perkahwinan hampir 6 tahun).

“Mula awal bulan 9 tu, saya terasa nak check telefon, tak jumpa apa-apa kat WhatsApp tapi saya check Telegram, ada mesej sorang perempuan ngaku dia sayang kat suami tapi bila saya tanya suami, dia tak ngaku.

“Katanya perempuan tu yang kacau dia. Sampai awal bulan 10 tu, suami keluar rumah tiba-tiba, tak bagitahu ke mana, saya call pun tak jawab. Saya tergerak hati nak check laptop dia, jumpa history emel dia dengan seorang perempuan.

“Esoknya tu saya pergi pejabat dia, masa tu PA kata dia tak masuk lagi. PA buka pintu bagi saya tunggu kat dalam. Saya check drawer, jumpa surat nikah Narathiwat. Lepas tu baru suami mengaku tapi suami suruh saya diam sebab isteri dia tu student dia, budak tu buat LI (latihan industri) bawah dia,” kongsi wanita itu kepada Suzana.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menyatakan bahawa ibu bapa kepada pelajar terbabit masih belum mengetahui status hubungan anak mereka dengan suaminya.

“Klien: Suami kata nanti dah selesai semua budak tu dah konvo, baru diorang nak bagitahu,” ungkapnya.

Susulan itu, Suzana menasihatkan orang ramai khususnya kaum hawa supaya mengambil iktibar daripada perkongsian kisah perkahwinan wanita itu.

Malah, dia turut berharap kaum wanita pada masa kini dapat mengutamakan restu ibu bapa dalam menjalinkan hubungan cinta.

Author

Pilihan Editor