HomeBeritaViral'Suara macam lelaki' - Ini jawapan tuan badan

‘Suara macam lelaki’ – Ini jawapan tuan badan

CYBERJAYA: Sejak beberapa hari lalu, tular di TikTok video seorang gadis memiliki suara garau persis seperti seorang lelaki, sehingga ada yang menganggap dia menggunakan aplikasi alih suara ketika merakam video.

Bagaimanapun, gadis yang dikenali Nurnazrah Abd Samat , 21, adalah wanita sejati yang mempunyai keunikan tersendiri apabila suaranya garau seperti lelaki sejak berusia 18 tahun.

Berkongsi kisahnya, dia dilahirkan sebagai wanita yang cukup sifat dan mengalami perubahan episod ‘keremajaan’ sama seperti wanita, malah mengakui suaranya juga seperti perempuan sebelum ini.

Menurutnya, perubahan suara seperti lelaki berlaku ketika dia berusia 18 tahun, namun setahun sebelum itu suaranya sudah mula ‘pecah’ dan garau sebelum akhirnya terus garau seolah-olah suara lelaki dewasa.

“Saya pun tiada jawapan kenapa suara saya boleh berubah seperti ini dan juga ada berjumpa doktor, tetapi ia tidak mempunyai masalah termasuk kotak suara atau tonsil. Jadi saya terima saja pemberian Allah SWT dengan lapang dada.

“Mungkin juga suara saya pecah dan garau sebab suka menyanyi lagu yang bernada tinggi, menjerit yang mungkin memberi kesan kepada suara saya. Tetapi tak apalah asalkan saya ada suara dan boleh bercakap,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Malah, dia tidak bimbang dengan tanggapan atau komen orang kerana tidak pernah menipu sesiapa, malah apa yang penting ibu bapanya lebih mengenalinya biarpun dia hanya anak angkat.

“Saya dijaga ibu dan ayah sejak berusia dua tahun selepas mereka mengambil saya yang ketika itu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.

“Jadi mereka tahu siapa saya dan sebab itu apa saja komen orang saya tak ambil peduli.

“Biasanya kalau saya bercakap, orang akan toleh dua kali sebab terkejut saya berwajah wanita dan bertudung, tetapi suara seperti lelaki,” ujarnya.

@harszanjualrumah

Replying to @mubinmizam #fyp

♬ original sound – ‍ – harszanjual

Author

Pilihan Editor