HomeBeritaViralTaman permainan Cheras lokasi penempatan warga asing?

Taman permainan Cheras lokasi penempatan warga asing?

LAMBAKAN warga asing di negara ini adakalanya tidak hanya menyusahkan rakyat tempatan, malah harta awam yang sepatutnya menjadi kegunaan orang ramai digunakan sewenang-wenangnya.

Terbaharu, sekumpulan warga asing dilihat melakukan cubaan untuk membina penempatan di sebuah taman permainan di Bandar Mahkota Cheras, dekat Cheras, Kuala Lumpur.

Perkara itu didedahkan oleh kumpulan aktivis dikenali sebagai Team Surplus, yang melakukan terjahan selepas menerima aduan orang ramai.

Menerusi video tular, warga asing yang dipercayai berasal dari Myanmar itu dilihat membawa beberapa tilam untuk tidur di gazebo dan padang.

Pada sebelah malam, aktivis itu turut merakam keadaan di kawasan taman permainan itu, yang dijadikan seperti sebuah kediaman termasuk pemasangan kelambu, kanvas dan dapur.

Lebih teruk, taman permainan itu dikotori dengan bekas unggun api, botol kaca dan timbunan sampah.

“Tempat ini dibuat rumah dan jadi kotor. Kita juga ada sifat kasihan sebagai manusia. Tapi, sekarang ini tak boleh pakai soal kemanusiaan.

“Mereka duduk sini buat macam rumah. Kita bukan zalim tapi nak beritahu kerajaan macam mana taman permainan kita,” kata salah seorang aktivis itu.

Pada masa sama, warga asing berkenaan turut menunjukkan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), yang mana umum mengetahui bahawa tiada sebarang undang-undang yang membenarkan mereka membina penempatan di kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kehadiran warga asing di lokasi yang sepatutnya menjadi tempat selamat untuk kanak-kanak melakukan aktiviti rekreasi.

Tulis Ainnur: “Tengok dorang dah buat rumah dekat sini, rasa macam risau pula nak bagi anak turun bermain.”

Tambah Fariza: “Lepas ni dah tak ada tempat untuk anak-anak bermain. Semua dah kena conquer dengan warga asing.

Ujar Syuhada: “Jangan sampai ada kes bahayakan anak-anak sudahlah.”

Selain itu, ada yang turut menyeru pihak Imigresen dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa supaya mengambil maklum dengan isu berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

Author

Pilihan Editor