ADAKAH kaki anda terasa sakit pada bahagian tapak kaki sewaktu memijak lantai ketika bangun dari tidur?
Jika ya, anda wajar ambil peduli tentang kesakitan itu kerana anda berisiko mengalami ‘plantar fasciitis’.
Menurut Public Health Malaysia (PHM), plantar fasciitis adalah sejenis penyakit radang di kaki yang berlaku disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.
Tambah PHM, kesakitan itu sering terjadi kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
“Selain itu, kesakitan itu turut mudah dialami dalam kalangan mereka yang bekerja berdiri atau berjalan lama, berumur atas 40 tahun dan mereka yang memakai kasut tinggi.
“Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang,” pesan PHM menerusi perkongsian di Facebook rasminya.
Susulan itu, PHM turut berkongsi beberapa senaman mudah yang boleh dilakukan bagi mencegah kesakitan plantar fasciitis.
Berikut antara senaman yang boleh anda cuba:

