HANYA disebabkan pemandu bas tidak mahu membuka pintu walaupun sudah berhenti di lokasi, seorang wanita bertindak memarahi pemandu bas berkenaan.
Menerusi video tular di X, difahamkan penumpang tersebut berang kerana pintu bas lambat dibuka meskipun sudah tiba ke destinasi.
Menerusi video yang sama, dua individu itu saling merakam antara satu sama lain menggunakan telefon bimbit.
“Kau ingat kau seorang saja boleh record? Aku record tadi waktu kau berhenti lama-lama tepi jalan tu.
“Saya scan to ride. Just because I use public transport, korang buat tepi-tepi jalan macam ni? Korang rendahkan public transport macam ni ke,” selar penumpang itu.
Lantaran itu, pemandu bas yang juga seorang wanita memberikan respons susulan diserang oleh penumpang berkenaan.
“Adik tak biasa lagi ni naik bas ni, dia ada masa nak masuk MRT. Ada time berlepas, ada time masuk MRT,” tuturnya secara lembut.
Namun begitu, penumpang berkenaan masih tidak berpuas hati serta meminta nombor telefon talian perkhidmatan untuk mengadu insiden berkenaan.
“Saya bukan naik bas ni first time lah. Mana ada orang berhenti waktu time orang kosong macam tu.
“Bagi saya customer service punya nombor. Bagi saya tanya, saya call bos awak,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net menyelar tindakan penumpang terbabit
“Nampak sangat terpaling betul dalam semua hal. Bas memang ada schedule, dia sampai awal tak bermakna boleh buka pintu bas. Kena tunggu time, baru bas tu buka pintu… Rapid ada rules, pekerja kalau tak ikut rules boleh kena tindakan. Tak payah susah-susah record, bas tu sendiri ada CCTV,” jelas netizen.
“Kak, bus tu ada jadual dia nak masuk ke MRT station. Kalau dia sampai awal or belum sampai masa lagi, even dia dah ada dekat stop pun pintu tak boleh buka untuk awak. Lagi satu, ada phone, Google je kak number tu. Tak pun tag je kat socmed,” komen netizen.
“Eceh cakap inggeris konon terpaling hebat. Hello kepoh, I also take public transport, early morning too, kena sidai, tak boleh duduk dalam bas, kena tunggu on time dia buka pintu. Kurang ajar kau eh dengan makcik tu. Call customer service for what? Fire her? Orang tu cari rezeki tau,” selar netizen.