HomeBeritaViralToyota Hilux halang laluan, 'menganjing' ambulans bawa pesakit

Toyota Hilux halang laluan, ‘menganjing’ ambulans bawa pesakit

SEBUAH pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bertindak menghalang laluan ambulans dalam kejadian di sebuah lebuh raya baru-baru ini.

Lebih teruk, pemandu dan penumpang kereta itu juga bertindak biadab, apabila didakwa membuat ejekan dan mentertawakan kenderaan kecemasan yang sedang membawa pesakit berkenaan.

Menerusi video tular yang dimuat naik di laman TikTok @sjammuar, pemandu terbabit dilihat sengaja tidak mahu memberhentikan kenderaannya, meskipun siren kecemasan ambulans dibunyikan beberapa kali.

“Kami dalam perjalanan ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dari Muar dengan seorang pesakit separa kritikal.

“Untuk perjalanan kali ini, kami tidak menghidupkan siren kerana boleh memberi tekanan kepada pesakit.

“Hilux tiba-tiba dari lorong tengah masuk ke lorong kanan walaupun tidak memotong mana-mana kenderaan di tengah,” tulis kapsyen pada video itu.

@sjammuar

Tak amik iktibar kes avanza yang halang ambulans utk memotong sehingga kehilangan nyawa. Kali ni kami jumpa jenis speasis yang sama atas highway Pedas Linggi menghala ke KL. Kalau angkat tangan mungkin sebab tak dengar takpe, kami boleh maafkan..Tapi lepas kami potong, kami nampak mereka ketawa. Seronok agaknya jadi pembuli agaknya #transportteam #stjohnambulance #fyp #hiluxproblems #hiluxownersclub #tiktokmalaysia #jpj #pdrm

♬ original sound – St John Muar Ambulance – St John Muar Ambulance

Pada masa sama, ambulans itu masih memberi peluang kepada Toyota Hilux tersebut untuk beralih ke lorong tengah atau kiri, yang dilihat tidak dilalui kenderaan lain.

Menyedari kereta itu masih lagi tidak berganjak, ambulans berkenaan terpaksa membunyikan hon.

“Kami beri masa lagi, masih tidak berganjak.Bunyikan siren pendek pun tak berganjak..

Lane kiri, lane kanan tak ada kenderaan tetapi masih tak masuk.

“Kami nampak dalam kenderaan, terdapat tiga lelaki dewasa Melayu. Masih berdegil tak mahu berganjak ke lane tengah. Lepas kami potong kami nampak mereka bertiga ketawakan kami,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, masih ada lagi netizen yang dilihat seolah-olah meletakkan kesalahan ke atas ambulans tersebut yang tidak melalui lorong kecemasan.

Malah, ada juga yang mempersoalkan tindakan ambulans tersebut, yang tidak memotong menggunakan lorong kiri sedangkan tiada sebarang kenderaan lain ketika itu.

Namun, terdapat juga komen kecaman ke atas pemandu Toyota Hilux berkenaan, yang dilihat tiada empati terhadap pesakit serta jengkel dengan sikap mementingkan diri sendiri.

Tulis Hovid: “Bagi jelah jalan, apa masalahnya? Bukan ambulans tu pergi makan angin. Yang pertikai ambulans ni boleh tahan b***hnya.”

Tambah Shah: “Tak payah cerita ikut lorong kecemasan. Aku kalau nampak je bomba, polis atau ambulans automatik aku elak. Sebab mereka ada urusan penting.”

Sham menulis: “Jangan sesekali menghalang ambulans. Lane paling kanan ketika ambulans guna bermakna kes berat. Begitu juga lane kecemasan ketika jammed. Jangan guna sesuka hati.”

Author

Pilihan Editor