HomeMV+PendapatWujudkah rasuah dalam bidang e-sukan?

Wujudkah rasuah dalam bidang e-sukan?

PERKEMBANGAN teknologi yang pesat di Malaysia kini mendorong kemajuan terhadap pelbagai aspek termasuk dalam bidang sukan.

Malah, permainan digital yang seakan sebati dengan generasi muda kini seperti Mobile Legend, PUBG Mobile, DOTA dan sebagainya telah diperkenalkan sebahagian daripada sukan sebagai sukan elektronik (e-sukan) dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan Negara (KBS).

Lebih membanggakan apabila bidang e-sukan turut mengharumkan nama negara di mata dunia dengan pencapaian yang menakjubkan sekali gus meninggalkan impak positif kepada produktiviti dalam kalangan masyarakat dan ekonomi negara.

Walaubagaimanapun, isu rasuah tidak boleh dipandang enteng dalam perkara ini kerana masih wujud potensi untuk berlakunya rasuah termasuklah dalam bidang e-sukan.

Permulaan e-sukan di Malaysia

Jika dilihat pada sudut permulaan e-sukan, ia bermula sejak wujudnya permainan seperti DOTA iaitu pada 2017.

Namun pada ketika itu, permainan tersebut tidak begitu menggemparkan dalam kalangan masyarakat atas beberapa faktor seperti kurangnya pengguna komputer, kurangnya penggemar permainan tersebut atau sebagainya.

Bagaimanapun, e-sukan mula mendapat tempat di khalayak pada awal 2018 iaitu ketika kompetitif besar e-sukan, Mobile Legend Professional League MYSG musim pertama telah diadakan di One Utama.

Kompetitif ini juga diuruskan oleh Moonton dan eGG network serta melibatkan kolaborasi antara negara Malaysia dan Singapura.

Pada masa sama, PUBG Mobile turut berkembang pesat dalam bidang kompetitf dengan adanya PUBG mobile Professional League di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat untuk lebih mengenali dan menceburi bidang e-sukan yang tidak hanya menjadi permainan bagi remaja semata-mata walhal menjadi sebagai kerjaya dewasa.

Pada 2019, sukan SEA juga telah memasukkan e-sukan sebahagian daripada sukan yang dipertandingkan dan kontijen MLBB Malaysia berjaya meraih pingat gangsa dan pada 2023, kontijen sama berjaya meraih pingat perak di sukan SEA 2023.

Dengan berlalunya arus masa, e-sukan kini berkembang dalam pelbagai aspek seperti kemunculan pemain professional, live-streaming, bidang kejurulatihan, pengurusan pasukan dan sebagainya.

Ini membuktikan bahawa bidang e-sukan tidak terhad kepada pemain sahaja bahkan terdapat pelbagai kerjaya mula muncul dan boleh diceburi masyarakat menerusi bidang baharu ini.

Malah, bidang e-sukan menerima sambutan tinggi sehinggan banyak pihak penganjur yang mula menunjuk minat untuk menganjurkan pertandingan e-sukan bagi mencungkil bakat anak muda sehingga di peringkat sekolah, bidang e-sukan turut diterapkan sebagai sebahagian daripada ko-kurikulum.

Potensi rasuah dalam e-sukan

Umum mengetahui bahawa isu rasuah sentiasa menjadi topik hangat baik di media sosial mahupun bualan dalam kalangan masyarakat.

Sukar untuk dikatakan bahawa bidang e-sukan tidak terpalit dengan isu rasuah kerana wujud potensi untuk perkara itu tercetus atas beberapa faktor.

Antara contoh yang boleh mencetus rasuah adalah jika berlakunya ketidakpuasan hati dengan prestasi pasukan dan menginginkan kemenangan dengan cara yang kotor.

Selain itu, rasuah juga mungkin berlaku dalam kalangan penganjur atau pengurus yang mahu mengurangkan kos yang dikeluarkan untuk mengadakan sesebuah kompetitif.

Lebih membimbangkan jika rasuah berlaku disebabkan pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menjana duit haram dengan kaedah “money laudering”.

Pada tahun 2023, pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan tinjauan dalam bidang e-sukan kerana dipercayai terdedahnya dengan isu rasuah.

SPRM menyatakan hal itu susulan proses transaksi yang dilakukan di dalam e-sukan tidak hanya berlaku di dalam bank sahaja tetapi di platform lain seperti Bitcoin.

Perkara itu tercetus dek kerana platform e-sukan bersifat global dan terbuka kepada seluruh dunia.

Meskipun pihak SPRM menyatakan tiada sebarang kes rasuah di dalam e-sukan buat masa ini, namun SPRM tidak menyangkalkan bahawa potensi berlakunya rasuah itu ada di dalam mana-mana kategori sukan termasuklah e-sukan.

Kenyataan yang dikeluarkan SPRM itu sedikit sebanyak membuatkan sebilangan individu dan organisasi yang terlibat dalam e-sukan semakin peka dan cakna akan isu rasuah berkenaan.

Malah, pihak terlibat perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana isu rasuah mudah tersebar menerusi platform media sosial susulan berlakunya beberapa perkara seperti ketidakpuasan dalam sesetengah penyokong dan peminat sesebuah pasukan tertentu.

Sebagai contoh, peminat pasukan A menyokong pasukannya dan kalah dengan pasukan B. Maka, segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengan kekalahan itu dan menyatakan bahawa pasukan B telah melakukan rasuah dengan pasukan A untuk memperoleh kemenangan.

Pada akhirnya, mereka meluahkan isi hati mereka di media sosial dan perkara seperti ini adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

Di samping itu, pihak yang terlibat dengan e-sukan menyatakan bahawa rasuah mungkin berlaku tetapi kemungkinannya agak kecil kerana beberapa aspek. Antaranya ialah, untuk sebahagian kompetitif yang besar, kebiasaannya semua perlawanan di dalam liga terdapat hadiah tunai bagi setiap perlawanan.

Jadi, hal ini akan mengecilkan kemungkinan untuk pasukan tersebut “menjual” perlawanan tersebut kepada pasukan yang lain walaupun pasukan mereka mungkin tidak Berjaya untuk tidak memasuki peringkat seterusnya. Namun, isu ini mungkin berlaku dalam kalangan penganjur bagi kompetitf tersebut. Sebagai contoh, tempat acara bagi kompetitif itu lebih kecil berbanding yang dicadangkan di kertas kerja dan mengakibat ketidakselesaan pengguna tempat acara tersebut.

Konklusi

Kesimpulannya, e-sukan di Malaysia semakin berkembang pesat seiiring dangan kemajuan teknologi moden masa kini.

Bidang ini juga telah mengharumkan nama negara di peringkat antara bangsa dan negara kita juga dianggap sebagai “gergasi” di dalam e-sukan seiring dengan negara lain seperti Indonesia dan Filipina.

Namun, semua pihak perlu bertanggungjawab dan cakna akan isu rasuah dan perjudian dalam e-sukan supaya kualiti sukan negara dan rakyat kekal terjaga.

Akhir kata, masyarakat Malaysia seharusnya kekal memajukan sukan dalam negara seiring dengan kemajuan intelek.

Oleh: MUHAMMAD FARIS RIDWAN ABDULLAH
Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Fatwa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Author

Pilihan Editor