HomeBerita14 laluan 'smartlane' akan diaktifkan sempena Tahun Baharu Cina

14 laluan ‘smartlane’ akan diaktifkan sempena Tahun Baharu Cina

CYBERJAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan ‘smartlane’ di 14 laluan strategik bagi melancarkan pergerakan trafik ketika waktu puncak sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2024.

PLUS dalam satu hantaran di media sosial rasminya memaklumkan, pengaktifan ‘smartLane’ di lokasi-lokasi terbabit bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa pada waktu dan tempoh tertentu sebelum ia dilaksanakan.

Inisiatif itu turut mendapat kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menambah kapasiti lorong sedia ada di laluan terbabit.

Berikut merupakan 14 laluan yang akan diaktifkan ‘smartlane’:

  1. Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.9 hingga KM150.5 – Arah Utara)
  2. Bandar Cassia hingga Hentian Sebelah Sg Bakap (KM155.3 hingga KM156.0 – Arah Selatan)
  3. Gua Tempurung hingga Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara)
  4. Slim River hingga Sungkai (KM367.3 hingga KM354.0 – Arah Utara)
  5. Sungkai (354.0 hingga KM356.0 – Arah Selatan)
  6. Kawasan Rehat & Rawat Rawang hingga Sg. Buaya (439.5 hingga KM435.5 – Arah Utara)
  7. Susur Keluar Petron, NKVE hingga Subang (KM11.2 hingga KM13.3 – Arah Utara)
  8. Nilai hingga R&R Seremban (KM280.0 hingga KM276.0 – Arah Selatan)
  9. Restoran Jejantas USJ hingga Seafield (KM6.1 hingga KM8.1 – Arah Utara)
  10. P. Dickson hingga Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 – Arah Utara)
  11. Ayer Keroh hingga Hentian Sebelah Kg Bemban (KM194.5 hingga KM184.0 – Arah Selatan)
  12. Kulai hingga Senai (KM27.0 hingga KM19.0 Arah Selatan)
  13. Senai hingga Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 – Arah Utara)
  14. Dato Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5 hingga KM1.9 Arah Selatan)

Susulan itu, PLUS mengingatkan pengguna jalan raya supaya kekal mematuhi peraturan di jalan raya.

“Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap menukar lorong. Patuhi had laju dan memberi kerjasama demi menjamin keselamatan kenderaan-kenderaan lain.

“Rancang penukaran lorong dengan berhati-hati apabila menghampiri penghujung laluan ‘Smartlane’. Pandu cermat dan terima kasih atas kerjasama anda,” maklum PLUS.

Foto: FB PLUS

 

Author

Pilihan Editor