HomeBeritaViral‘Dah 30 tahun lebih usia bekas tu!’ – Netizen imbau memori guna...

‘Dah 30 tahun lebih usia bekas tu!’ – Netizen imbau memori guna balang kuih raya ‘legend’

BERCERITA tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri pasti membuatkan rata-rata masyarakat di Malaysia teruja kerana tidak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma.

Meskipun belum Ramadan, sudah ada yang sibuk membuat persiapan raya seperti menjahit baju raya, langsir dan sebagainya.

Dalam pada itu, ada juga yang secara tidak langsung menggamit memori saat beraya bersama keluarga suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini, menerusi hantaran di Grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’, seorang wanita berkongsi kenangan rayanya menggunakan balang kuih raya ‘klasik’.

Menerusi hantaran itu, wanita dikenali Aisya Humaira menceritakan tentang sikap orang tuanya yang gemar memakai barang yang sama setiap kali menggemari sesuatu barang tersebut.

“Orang tua ni kan, kalau dah suka benda tu, memang benda tu jela kat mata dia.

“Haritu aku balik kampung, aku bebel suruh tukar bekas kuih raya baru. Dah 20 tahun dah bekas ni. Mana maunya dia (ibubapa). Dia nak sebiji-sejiban macam hat lama ni. Tahan elok katanya, letak kuih raya 2/3 hari pun tak lemau. Kedap udara teruk,” tulisnya.

Pada masa sama, Aisya turut memuat naik gambar balang kuih raya tersebut dan perkongsian itu nyata mendapat perhatian warga net dalam komuniti berkenaan.

Rata-rata ahli Grup itu menyifatkan balang kuih raya yang diguna pakai oleh orang tua Aisya adalah barang ‘legend’ dan mempunyai banyak memori buat mereka semua.

“Arwah mak saya ada banyak bekas kuih ni. Masih digunakan sampai sekarang,” kongsi netizen.

“Rumah mak ada lagi. Tiap kali raya mesti nak guna tu je.. Dah 30 tahun lebih usia bekas tu,” ujar seorang lagi ahli grup berkenaan.

“Memang lejen ni! Penutupnya tu sampai getah dia dah keras kering ada yang tercabut pun masih digunakan lagi,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor